Kekasih Untuk Dia

Kekasih Untuk Dia Cerita ni cerita aku dan dia sahaja Tentang cinta kami dan impian kami berdua Mulanya cerita bos dengan pekerja Alah macam cerita cerita yang lain juga Marah benci kutuk dan ala ala cerita Hindus

  • Title: Kekasih Untuk Dia
  • Author: Nueen
  • ISBN: 9789671246108
  • Page: 193
  • Format: Paperback
  • Cerita ni, cerita aku dan dia sahaja Tentang cinta kami dan impian kami berdua Mulanya, cerita bos dengan pekerja Alah, macam cerita cerita yang lain juga Marah, benci, kutuk dan ala ala cerita Hindustan Semuanya sama saja, tapi yang membezakan cerita kami dengan cerita orang lain ialah, dalam cerita ini hanya ada aku dan dia sahaja Kami tak perlukan sesiapa pun.KemuCerita ni, cerita aku dan dia sahaja Tentang cinta kami dan impian kami berdua Mulanya, cerita bos dengan pekerja Alah, macam cerita cerita yang lain juga Marah, benci, kutuk dan ala ala cerita Hindustan Semuanya sama saja, tapi yang membezakan cerita kami dengan cerita orang lain ialah, dalam cerita ini hanya ada aku dan dia sahaja Kami tak perlukan sesiapa pun.Kemudian bertukar menjadi cerita rindu rinduan Dia jauh, aku rindu, dia dekat pun rindu bagai nak rak, tapi mana boleh aku jatuh cinta dengan dia Dia siapa, aku siapa Bezaya macam merak kayangan dan gagak di rimba.Namun, nama juga cinta Kalau sudah cinta, duduk di benua Afrika pun macam duduk di Alaska Tak boleh nak cakap apalah kalau virus cinta sudah menyerang Sayang Ya Di dunia ini ada tiga yang abang suka Apa tu PErtama matahari, kedua bintang yang ketiga Sayanglah Matahari untuk siang hari, bintang untuk malam hari, sayang untuk selamanya di hati abang Ah Siapa yang tak cair kalau disogok dengan kata kata begitu Buat aku tak kenal yang mana siang yang mana malam.Ironinya, mana ada cerita cinta manis selalu Tanpa rasa masam mana cukup perisanya Jadi, mampukah kami berdua menikmati rasa masam itu kalau sudah selalu terlebih gula Jangan lupa untuk mengetahui manis dan masam cerita cinta kami dalam Kekasih untuk Dia

    One thought on “Kekasih Untuk Dia”

    1. Sebenarnya saya nak bagi 4* sebab saya suka kesengalan kedua-dua hero dan heroin ni. Tapi disebabkan ada perkara yang buat saya rasa tak selesa, maka saya tolak 1* :)19-05-2014Azian Yuhanis (Azian)1. Lurus bendul. Memang jenis terima aje apa yang disampaikan kepadanya. Tak pandai konar sana sini. Betul ke tidak ke semua dia terima. Selalu jadi mangsa sakat dan buli Hazrul. Haha. Paling saya ingat soalan ni;Hazrul: Apakah persamaan antara ikan, gitar dan awak?Azian : (geleng kepala tanda tak tahu [...]

    2. Sampai ke sudah aku tertanya-tanya, si Azian ni kerja apa sebenarnya? Kerani? PA? Tukang bancuh air? hohoKalau KUD diibaratkan sebagai kopi. Aku akan kata kopi ini terlebih gula. Sangat! Sampai tenggelam rasa kopi hitam yang pahit tu.Full review: 18/09/2014Tak tahu mahu suka atau tidak dengan naskhah ini. Aku blur *wink*Azian Yuhanis. Watak si sengal-sengal ubi. Blur memanjang sudah banyak kali diberi hint, masih lagi tak dapat tangkap. Ada rasa nak ketuk-ketuk kepalanya agar cepat tersedar.Hazr [...]

    3. Buku ini akan buat anda gelak sentiasa kalau tak pun sengih dan sentiasa nak ketuk-ketuk kat kepala atau dinding atau meja atau lantai. :))2 bintang campur 0.5 bintang sebab Azian baik sangat._______Azian Yuhanis seorang gadis pulau yang baru memulakan kerja di Menara Holding sebagi PA kepada Hazrul Effendi, CEO. Baru bekerja si gadis sudah diberi pelbagai perhatian. Silap besarlah si CEO apabila gadis manis ini lambat tangkap sama ada bayangan tersurat apatah lagi yang tersirat tentang isi hati [...]

    4. Best ceritanya diawal cerita. Kelakar. Cerita si Azian yang sengal dan blur. Bosnya En Hazrul juga tak kurang sengal tak habis-habis dengan cerita 'pada zaman dahulu'.Si Hazrul ni asyik dok berkias terjumpa gadis yang cantik, lemah lembut, sopan santun, cakap pun lembut. Tapi penceritaan 'aku' tu tak menggambarkan langsung kelembutan dan kesopanan. Tak de nya kunyah perlahan-lahan, yg dia bgtau 'sumbat ke dalam mulut' seperti lagak perempuan kasar. Mungkin cara cerita si Azian ni yg ganas buat p [...]

    5. Buah tangan terbaru dari Sarah Marissa. Terbitan pertama Teratak Kasih.Dari mula baca buku ni, mmg tak leh berhenti ketawa. Azian yang tersangat lurus bendul dan itulah cabaran terbesar untuk Hazrul dalam usaha menawan hati sidia.Cukup manis cerita ini dan dah lama saya tak rasa terbuai2 bila membaca.(last pun masa baca Teduhan Kasih yang mmg fav novel aii pun :) )Congrats sis mmg layaksangat dapat 5 bintang. Antara buku wajib miliki utk tahun ni :D

    6. I do not know how many stars to give, so I'm leaving it blank :)Frankly speaking, I like half of the first half of the story After that, it's just a test of my patience. :DBut then it is just my two cents.

    7. Kisah yang menarik cuma ada babak-babak yang buatkan saya rasa kurang selesa.(rasa kelakar pun ada)Macam biasa,Yang baik dijadikan teladan yg buruk dijadikan sempadan :D Credit to Hajar untuk buku ini,bak kata orang rezeki jangan ditolak

    8. Aku suka dengan sikap Azian.Azian yang jujur menjaga amanah seorang bos.Azian yang sederhana kerana sedar diri yang dia serba kekurangan dan tidak terikut-ikut dengan sikap biar papa asal bergaya.Azian yang sengal, yang selalu menjadi bahan gorengan si Hazrul. Haha. Azian yang tegas mempertahankan hak sebagai seorang isteri apabila suaminya cuba diganggu oleh perempuan lain namun apabila membabitkan mak mentua, Azian terpaksa akur dan melangkah pergi.Aku juga suka dengan kesungguhan Hazrul.Hazru [...]

    9. suka cerita dari penulis niAzian yg blur dan En Hazrul yang tersangatla suka bagi cerita teka teki dan cerita pada suatu masa dahulu huhuTAHNIAH untuk kak Nueen buku terbaru nikak Nueen ni juga adalah Qaseh Qaisara atau Marissa :D

    10. azian yg polos blur naif10 yg hazrul ckp blm tentu 1 pun dia akn faham.hihihazrul seorg bos yg jatuh cinta dgn staf sendirirmcm2 cara dilakukn utk bgtau pd azian yg dia suka kan azian. hampeh azian x penah nk faham sehingga dia membt pengakuan yg azian adalah isterinya walau pun hakikatnya mrk blm diijabkabulkn ketika itu.n ksh n cintanya pd azian, hazrul sanggup melepaskn segala kemewahan yg dimilikinyadia meninggalkn keluarganya dan berpindah ke kwsn yg jauh dr bandardi situ dia memulakn hidup [...]

    11. best bila baca part en. hazrul tabah nyer dia dlm memikat si lurus bendul sorang tue ngeeeeee Azian, dlm bendul dan lurusnya nampak kasih sayang yg melimpah ruah moga bahagia hendaknyer mereka sampe ke Aisha ngere

    12. nak bg review tp malas nak taip panjang2hahahaso, conclusionnya ai suka ngan cerita ni ;) lepas ni nak khatamkan SET pulak

    13. Lurus Bendul dan terlalu bersangka baik dgn orang kecuali yg melibatkan Hazrul, Azian akan terlebih fikir.Kaya, tampan, tegas dan sombong itulah peribadi Hazrul pada dasarnya sahaja.Terlalu letih dgn Azian, 24, kolej graduate from Yayasan Baitumal, yg tak faham2 hint2 yg Hazrul sampaikan. Secara direct atau secara kisah dongeng padahal ianya berkaitan dengan kisah sebenar hidup Hazrul. Mungkin dia tak nak di tuduh perasan kut itu yg dia tepis habis2an dan lagi pun dia terlalu rasa rendah diri, t [...]

    14. Ini buku Nueen yang keempat saya baca. Ingatkan KUD ni lebih menyengat dari Kalau Tidak Kerana Tuan, Suamiku Orang KL dan Tentang Lara Hati tapi kecewa la sikit. Masa first quarter of the book kira okay lagi, lawak sempoi watak utama si Azian memang mencuit hati. Si bendul yang comel walaupun tak gorgeous. Sayangnya lama-lama rasa too naive pulak dia, slow sangat tu satu hal, baik hati sangat sampai merelakan apa saja yang dibuat dek Hazrul, rasa macam tak berapa nak masuk. Krisis di tempat kerj [...]

    15. start baca hr ni, actually baca kasp dulu , tp bila baca kud ni lebih memilih kud, mungkin sbb jalan cerita nya kot, n sebab hero nya yg amik kesempatan atas keblurran heroin yg terlampausweet geram dengan heroin yg sangat lurus bendul

    16. Azian yuhanis, gadis polos lurus baik mula bekerja dengan encik hazrul. Encik hazrul effendi yang garang, yang sengal tapi juga yang menawan. Cara perkenalan mereka menarik, yelah si bendul ngn si sengal Hehe. Asyik kena marah jer si azian tapi dalam pada tu ada jugak dia mengenakan si hazrul tu. Kemesraan yang bersahaja bukan dibuat-buat oleh azian menambahkan rasa sayang hazrul. Cuma yelah, bendul sangat azian sampai payah benar nak faham rasa hati bosnya tu Hazrul yang mahu dijodohkan dengan [...]

    17. sweet je cite die Azian yang terlebih blurr dengan Hazrul yang sengal tapi setia bercinta niperti sinopsis belakang, cite ni hanya kisah dia & aku azian n hazrul la kanbanyak dialog, monolog azian n ayat pun simple2 je so far ok bole hadam. tak banyak konflik, plot pn kemas je tersusun. memang senang jatuh suka dengan naskhah nima, adakala terlalu cepat pergerakkan/peralihan plot/dari 1 tempat ke tempat, adakala boleh lost jugak and, ada yang terlalu sweet.apapun, still njoy.

    18. #kekasihuntukdia #nueen Azian yuhanis-seorg yg sgt luus bendul Bg hint 1juta kali pun masih xpaham Hahahaha Bendul dia lg kronik dari akuhahaha Hazrul effendi-nakal, gatal, pedendam, cpt marah, gedik! N romantik Comel pun ada Hahaha Kau bole bygkn x sorg sgt lurus bendul sorg lg suka menyakat Xke haru biru hidup Hahaha Paling kesian dkt azian bila mak ngah dia pukul dia mcm org xde perasaan n hati perut Si azian pulak redha jeee Hailahhh Naseb xde kisah mcm tu lepas dr tu Seriau aku oii Tp hidup [...]

    19. Saya willing to let go. Tapi maaf, tak dapat beru harga kasih sayang. Boleh pm kalau berminatPuas hati dapat baca novel ni. Bersungguh cari sebab penerbit dah kehabisan stok. Akhirnya bertemu juga dengan seller yang masih ada stok novel niSeperti biasa, tulisan kak Sarah Marissa tak mengecewakan. Aku enjoy dengan dua watak utama dalam cerita ni. Konfliknya pun ringan dan tak menyakitkan jiwa. Sesuai menjadi bahan bacaan pada waktu senggang. :)

    20. criter yg lebih kepada XXXX between isteri dan suami yg agak melemaskan dan agak bosan. walau konsep sengal dan bendul tu reason lain dr yg std tp.entahlaa maybe bukan taste sy

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *