One thought on “Imagikata”

  1. Sastera SaiFai Jaga-jaga dengan genre yang akan meledak dan akan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Penulis-penulis yang sesuatu Sesiapa baru nak berjinak dengan genre ini bolehlah mencuba naskhah Imagikata.Banyak cerpen-cerpen yang terkesan di dalam naskhah ini, tetapi biarlah tidak dinyatakan di sini supaya adil dengan semua penulis disebabkan mereka semua telah merangka cerpen dengan baik sekali. Bukan senang nak melahirkan imaginasi yang tinggi dan mereka satu dunia yang lain yang tak te [...]

  2. 3.5*Ada 16 cerpen kesemuanya… Hampir semuanya menarik perhatian saya. Ada yang saya faham, ada yang saya cuba fahamkan, ada yang saya berusaha untuk faham, ada yang saya tidak faham dan ada yang saya tak faham kenapa begitu susah untuk saya faham… Membaca sastera sai fai membuatkan minda saya perlu bekerja keras sedikit untuk membawa imaginasi saya keluar daripada kebiasannya jika kisah yang dilakarkan tidak mampu saya hadam dengan mudah. Tetapi ini sesuatu yang bagus jadi saya membuat keput [...]

  3. 3.45* untuk Imagikata!Seperti biasa, andai ianya sebuah buku antalogi, pasti ada beberapa kipsen yang tidak mampu memuaskan hati kita. Ala macam orang selalu cakap, citarasa setiap manusia kan berbeza-beza. Aku suka makan belacan, takkanlah kau yang tak pandai makan belacan aku nak paksa makan. Kan?Ada beberapa cerpen yang potensinya sangat tinggi. Andai dikembangkan menjadi sebuah cerita panjang, pasti lebih menarik. Ada juga yang aku rasa, biar saja ia sebagai cerpen. Mungkin itu lebih sesuai. [...]

  4. Mind-blown!Seperti tajuk buku, cerpen-cerpen di dalam buku ini memang penuh dengan imaginasi~ Seronok sangat dapat baca buku ni.Terdapat 16 buah cerpen. Berikut adalah cerpen yang menarik hati saye:Saka - Khairul Nizam KhairaniSaye fikir 'Saka' adalah sebuah cerpen seram tapi sebenarnya bukan. Menarik apabila penulis menerangkan yang 'Saka' itu kelihatan seperti seorang pahlawan Melayu. Selalunya, jika saka disebut, mulalah gambaran yang penuh seram bermain di minda. Tetapi tidak untuk cerpen in [...]

  5. Jarang untuk aku habiskan membaca sebuah buku dalam sehari tetapi buku ini telah memberikan kepuasan kepada diri aku untuk aku habiskan. Beberapa buah cerpen iaitu cerpen Lokmam Hakim, Zaki Zainal dan Ted Mahsun memberi sesuatu untuk aku berfikir dan membuka minda aku bahawa genre saifai itu luas dan boleh diperluaskan lagi.Menarik dan tahniah.

  6. Hampir semua cerpen saya suka dan best. Cuma dua atau tiga yang agak biasa-biasa dan kurang umph. Hujung yang lemau. Walaupun apapun, tahniah untuk semua penulis. Masih 4 bintang.

  7. aku harus akui yang setiap cerpen ada kekuatan sendiri. tapi satu yang aku perasan ialah antologi ini bermula dengan cerpen bagus dan hingga ke pertengahan ia bertambah kurang bes. Tapi aku juga dapat satu definisi baru berkenaan saifai yang ia tidak hanya saintis dan ufo. seperti khairul nizam khairani yang menggunakan pendekatan perang dan mistik dalam cerpennya. aku juga lebih cenderung untuk menyimpulkan ini antologi saifai fantasi kerana tak semua berbentuk sains semata mata. anyway antara [...]

  8. Naskhah yang mampu membuat saya hanya mampu menjerit "Wow!' di dalam lubuk hati dan pembacaanku diselangi dengan lagu Aerosmith 'I Don't Want To Miss A Thing'.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *